Mine.
Saturday, 14 September 2013 | 12:20 am | 0 HeartBeats
Hye and Assalamualaikum readers,
firsly, aku nak bagitahu yang aku dah tukar link blog aku. why? sebab aku tak nak sape-sape pun tahu. weird? yes. that real me. aku nak luahkan ape yang aku rasa tanpa fikirkan orang lain. aku nak bagitahu pasal perasaan aku je. and nobody akan sedar sebab nobody know me.
aku minat boy. boy minat bff aku. bff aku minat orang. tiga segi? haha. aku rasa tak sebab aku rasa perasaan aku kat boy hanyalah nafsu. aku masih muda dan masih ada banyak masa untuk bercinta. cikgu kata ''jodoh kita ada pada masa hadapan bukannya di zaman sekolah'' aku pegang kata-kata tu. tapi, aku tak boleh tengok boy sedih. boy nangis sebab bff aku sukakan orang lain.
aku tak salahkan bff aku cause itu hak bff aku untuk suka siapa. diri dia jadi hak dia. aku terkejut dengar boy nangis sebab bff aku. bile aku dengar boy nangis sebab bff aku terus aku ingatkan ex aku. ex aku pun nangis sebab aku mintak clash. always. setiap kali aku mintak clash, dia pasti akan nangis macam budak kecik je. tapi, aku sayang dia. time tu, aku nak exam and aku takut dia bosan dengan aku. yelah aku ni mana nak pegang handphone bila dah exam.
so, thats why aku clash. pain? yes it is. time tu memang aku rasa macam takde ruang untuk bernafas tapi Allah ada. aku bersyukur kerana Allah jauhkan aku dari satu lagi manusia yang mungkin bukan jodoh aku. tapi, sometime tu ada rasa terkilan sebab clash dengan dia. tapi nak buat macam mana, faith. terima je lah dengan hati yang terbuka. even sakit.
aku jenis yang suka pendam tapi aku ajar diri aku luahkan dalam bilik or at lappy or diary. cikgu kata ''jangan pendam tak baik untuk badan. nanti sakit'' thanks cikgu sebab nasihatkan saya. so, kalau aku stress aku luahkan kat tempat yang betul. bff? sometime je sebab aku takut. aku takut kisah silam berlaku buat kali kedua. cukuplah untuk pertama kalinya. tak ku sanggup mengulanginye lagi. sungguh ku tak sanggup.
aku cuma insan biasa yang bergelar manusia yang lemah. aku selalu membuat kesilapan dan sering kali mengucapkan kata maaf. tapi, percayalah apabila aku mengucapnya aku ikhlas bukannye palsu semata-mata. sememangnya aku seorang yang hipokrit tapi aku seorang yang jujur cuma aku berhati-hati agar kejujuran aku tidak menyakiti hati orang lain. aku tidak mahu kejujuran aku boleh menyakiti sesiapa lebih-lebih lagi orang yang aku rapat.
- Sometimes I want to be honest -
Sincerely,
Xoxo